Iklan & kandungan

Apps untuk buat video dan gambar produk, platform iklan utama, dan cara tahu iklan anda untung.

Maklumat disemak: Oktober 2026

Semua apps di sini ada versi percuma. Ciri dan harga boleh berubah, jadi semak di laman rasmi masing-masing.

1.Buat video & gambar produk

Video pendek ialah kandungan paling laku di TikTok Shop dan Reels. Telefon dan dua apps ni dah cukup untuk mula.

CapCut Edit video

  • Percuma, ada versi telefon dan komputer
  • Template, caption automatik dan muzik
  • Sesuai untuk video TikTok dan Reels
Lihat CapCut ↗

Canva Grafik & poster

  • Pelan percuma dengan banyak template
  • Gambar produk, poster promosi dan thumbnail
  • Buang background gambar ada dalam Canva Pro
Lihat Canva ↗

2.Cari idea kandungan

Tengok apa yang sedang laku sebelum buat video atau iklan sendiri.

TikTok Creative Center Trend TikTok

  • Percuma, tak perlu akaun iklan
  • Lagu, hashtag dan video yang sedang trending
  • Contoh iklan terbaik ikut industri
Lihat Creative Center ↗

Meta Ad Library Iklan pesaing

  • Percuma, boleh cari ikut nama page
  • Lihat semua iklan aktif di Facebook dan Instagram
  • Bagus untuk kaji gaya iklan pesaing
Lihat Ad Library ↗

3.Platform iklan

Tiga tempat utama seller Malaysia beriklan:

  • TikTok GMV Max: iklan automatik untuk TikTok Shop, dibuka dari Seller Center atau TikTok Ads Manager. Sistem cari pembeli dan susun video anda sendiri.
  • Shopee Ads: iklan carian dan penemuan dalam Shopee, diurus dari Seller Centre. Anda bayar bila iklan diklik.
  • Meta Ads: iklan di Facebook dan Instagram melalui Ads Manager. Sesuai untuk bawa trafik ke website atau WhatsApp.

Panduan rasmi GMV Max: TikTok Ads Help Center ↗

4.Cara tahu iklan anda untung

Sebelum naikkan bajet, kira ROAS pulang modal anda (titik di mana iklan tak untung, tak rugi):

  • ROAS pulang modal = harga jual ÷ untung seunit sebelum iklan.
  • Contoh: jual RM50, untung RM15 sebelum iklan. 50 ÷ 15 = 3.3. Iklan perlu capai ROAS lebih dari 3.3 untuk untung.
  • Jika ROAS iklan anda di bawah nombor ni, setiap jualan dari iklan sebenarnya rugi walaupun order masuk.
  • Guna kalkulator kami untuk dapat untung seunit selepas semua fee platform dahulu.
← Kembali ke Cadangan