Semua sumber di sini percuma dan datang dari platform itu sendiri, jadi maklumatnya paling tepat untuk peraturan dan fee terkini.
1.Pusat belajar marketplace
TikTok Shop Academy TikTok Shop
- Kursus rasmi dalam Seller Center
- Daftar kedai, live, affiliate dan GMV Max
- Peraturan dan polisi terkini TikTok Shop
Lihat Seller Center ↗Shopee Seller Education Hub Shopee
- Panduan rasmi untuk seller Shopee Malaysia
- Mula jual, Shopee Ads, kempen dan live
- Dalam Bahasa Melayu dan English
Lihat Education Hub ↗2.Belajar iklan
Meta Blueprint Facebook & Instagram
- Kursus online percuma dari Meta
- Asas Ads Manager, sasaran dan bajet
- Ada sijil (peperiksaan berbayar, pilihan)
Lihat Blueprint ↗TikTok Ads Help Center TikTok Ads
- Panduan langkah demi langkah GMV Max
- Cara pilih video dan tetapkan ROI sasaran
- Penyelesaian masalah iklan tak jalan
Lihat Help Center ↗3.Susunan belajar untuk seller baru
Kalau tak tahu nak mula di mana, ikut susunan ini:
- Kira modal dan harga jual dulu. Pastikan setiap produk masih untung selepas komisen, fee dan iklan.
- Kuasai satu platform. Habiskan kursus asas TikTok Shop Academy atau Shopee Education Hub sebelum buka platform kedua.
- Belajar buat video pendek. Video produk yang ringkas dan jelas penting untuk jualan organik dan iklan.
- Baru mula iklan. Mulakan dengan bajet kecil, dan semak ROAS pulang modal anda sebelum tambah bajet.
← Kembali ke Cadangan