Akaun, invois & e-Invois

Siapa wajib e-Invois LHDN, cara keluarkan, dan apps untuk rekod jualan dan kos.

Maklumat disemak: Oktober 2026

Ini ringkasan umum untuk seller kecil, bukan nasihat cukai. Peraturan LHDN boleh berubah, jadi semak garis panduan terkini di laman rasmi HASiL atau tanya akauntan anda.

1.Siapa wajib e-Invois?

Ikut Garis Panduan Umum e-Invois versi 4.8 (30 Ogos 2026), kewajipan bergantung pada jualan (turnover) setahun perniagaan anda.

Jualan setahunStatus
Bawah RM3 jutaDikecualikan. Tak perlu keluarkan e-Invois.
RM3 juta hingga RM5 jutaWajib mulai 1 Januari 2026. Tempoh kelonggaran sehingga 31 Disember 2027, penalti dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2028.
Atas RM5 jutaSudah wajib sejak 2024 atau 2025, ikut fasa.

Pengecualian RM3 juta tidak terpakai jika syarikat induk, syarikat berkaitan, usaha sama atau pemegang saham bukan individu anda ada jualan RM3 juta ke atas.

2.Jika jualan anda bawah RM3 juta

  • Anda tak perlu keluarkan e-Invois. Resit dan invois biasa masih sah sebagai bukti perbelanjaan untuk pembeli anda.
  • Jika anda dah mula guna e-Invois, anda boleh berhenti tanpa perlu memohon kepada LHDN, atau teruskan secara sukarela.
  • Anda masih boleh terima e-Invois daripada TikTok Shop, Shopee dan pembekal untuk fee dan pembelian anda. Simpan untuk rekod.

3.Cara keluarkan e-Invois

Jika anda wajib, atau pilih untuk sertai secara sukarela:

  • MyInvois Portal disediakan percuma oleh LHDN. Sesuai jika bilangan e-Invois anda sedikit dan anda isi sendiri.
  • Software perakaunan yang sambung terus ke MyInvois. Lebih sesuai jika order banyak setiap hari.
  • e-Invois disatukan (consolidated) untuk jualan kepada pelanggan biasa yang tak minta e-Invois. Keluarkan sekali sebulan, dalam masa 7 hari selepas hujung bulan.

Garis panduan e-Invois di HASiL ↗

4.Apps perakaunan

Apps ini boleh rekod jualan, kos dan stok, dan keluarkan e-Invois terus ke MyInvois. Semak harga terkini di laman masing-masing.

Bukku Untuk seller baru

  • Ada pelan percuma, guna dalam browser
  • Sambung dengan Shopee dan Lazada
  • e-Invois tersedia dalam semua pelan
Lihat Bukku ↗

SQL Account Banyak marketplace

  • Sambung dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop
  • Ada modul stok, SST dan gaji
  • e-Invois terus dari software
Lihat SQL Account ↗

AutoCount Stok yang kompleks

  • Stok banyak lokasi, batch dan nombor siri
  • e-Invois terus dari software
  • Marketplace perlu connector pihak ketiga
Lihat AutoCount ↗

5.Tips rekod untuk seller online

  • Guna akaun bank berasingan untuk bisnes supaya jualan dan belanja peribadi tak bercampur.
  • Muat turun laporan payout dan invois fee TikTok Shop dan Shopee setiap bulan. Ini bukti komisen, fee dan iklan yang dipotong.
  • Simpan resit modal produk, packaging, penghantaran dan iklan. Rekod perniagaan perlu disimpan selama 7 tahun.
  • Kira untung sebenar setiap produk dengan kalkulator kami supaya harga jual anda tak rugi selepas semua fee.
← Kembali ke Cadangan